Dah lama tak balik KL. Kali terakhir balik KL tahun lepas..
Memandangkan kebosanan melanda tatkala duduk keseorangan di bilik, aku pun plan nak jalan-jalan sambil beli barang kat Bukit Bintang. Kalau tinggalkan KL setahun mesti ada je perubahan. Tak banyak pun sikit la. Ada beberapa perkara yang best & tak best berlaku hari ni.
#1 - Dating Heliza Helmi lagi
Time round-round dalam Times Square (TS) kat tingkat 3, aku pelik kat satu sudut bangunan sesak gila jalan dengan orang. Rupa-rupanya makwe aku Heliza Helmi ada kat situ tengah bergambar dengan fans. Jeles gak orang amek gambar dengan makwe aku. Ahakz!
#2 - Perempuan Cina Terlampau
Sebelum tu, I'm not gonna be racist okay :)
Aku angin betul dengan sales girl sorang ni.. Kat kedai kasut tingkat 4..
Berikut adalah dialog aku dengan sales girl A & B
Aku: Kasut yang ni (sambil tunjuk kasut) size 7 ada tak?
A : Huh? (Tak paham bahasa Malaysia)
Aku: Do u have size 7 for this shoes?
A : Wait huh, saya cari di stor.
***
A : Sorry, we have no size 7
Aku: Okay. Hmmm, this one ada? (Sambil tunjuk kat kasut 1 lagi)
A : Wait a minute, my friend try to find in store)
- : (Tapi member dia macam tak gi cari pun)
Aku: This one ada tak saiz 7? (Aku cakap kat sales girl B)
B : Hey, berapa banyak yang you mau tadi nak lain ni nak lain?!
Aku: (WTF! Aku nak beli kot)
***
Cari punya cari ada pun saiz 7
Aku: Ada diskaun tak?
B : Takda! (Sambil muka masam mencuka)
Aku pun tak tau la sama ada aku salah cakap ke, mood dia tengah bengang atau period. At least respect sikit customer. Terima kasih pun takda. Ahh, lantak la.. Yang penting aku dapat kasut.
#3 - Harga handphone
Tadi saja pusing-pusing Lowyat usha gadget. Aku tanya kat beberapa kedai harga handphone XYZ. Yang peliknya, harga dia makin mahal pulak berbanding aku balik KL sebelum ni. Even kat Terengganu lagi murah.
#4 - Silly Celcom Boy
Time aku jalan kaki ke station LRT Hang Tuah, ada dua mamat melayu promoter celcom. Budak lepasan SPM agaknya.
Cel : Bro, kejap bro (Sambil hulur kad prepaid Celcom)
Aku: Eh, takpa (sambil angkat tangan)
Tetiba dia tarik tangan aku. So, aku tepis la. Poyo gila mamat ni, nak promot pun takyah tarik-tarik. Boleh pulak suro aku 'rilex'. Dia yang patut rilex. Aku pun tak tau la dunia sekarang. Makin maju makin biadap pulak perangai.
Well, ni je la cerita untuk hari ni. Rabu depan mungkin keluar dengan member yang datang dari Terengganu.
Salam ^_^
*LRT dah tak pakai kad lagi. Sekarang diorang pakai plastic coin/token macam Singapore MRT pakai.

0 comments:
Post a Comment