Ajib : Nak aiskrim coklat ke vanila?
Aina: Emm.. Coklat la.
Ajib : Kalau nak aiskrim coklat, kat kedai satu lagi tu lagi sedap.
Aina: Tapi Aina rasa kat kedai ni lagi sedap. Sebab dah pernah rasa kat dua-dua kedai.
Ajib : Okay :)
Ajib : Okay :)
Kita diberi hak untuk menentukan mana satu yang 'sedap' bagi kita. Mungkin sesetengah orang rasa aiskrim kat kedai Hassan lagi sedap daripada kedai Halim dan sebaliknya. Mungkin mereka yang suka aiskrim di kedai Hassan sendiri berkata, "Tapi aiskrim coklat kat kedai Hassan ni tak sesedap macam kat kedai Halim". Jadi kita lihat di sini, kita bebas mengkritik 'aiskrim' kedai yang kita minat tu.
Situasi lain
NAZMI
Aku penyokong parti Epal. Aku sokong apa saja kenyataan, tindakan atau pendapat yang keluar dari mulut pemimpin aku. Semua yang dia buat tu betul. Apa pemimpin parti lain buat adalah salah. Bla bla bla...
AZMAN
Aku penyokong parti Nenas. Aku menyokong apa yang benar sahaja. Kalau pemimpin aku silap, aku berhak untuk mengkritik. Kalau pemimpin parti Epal seorang yang alim, bijak, kuat, dan sesuai diangkat sebagai pemimpin, aku akan sokong dia. Tapi kalau sebaliknya, aku tetap dengan parti aku.
Kita lihat situasi di atas, Nazmi seorang yang menyokong parti tersebut secara emosional & membabi buta. Manakala Azman seorang penyokong yang rasional dan bijak membezakan yang baik atau sebaliknya.
Jadi, sebagai seorang Muslim, rakyat Malaysia, aku bebas untuk menyokong tindakan mana-mana parti yang dirasakan tidak melanggar hukum syariah Islam, dan mengikut kehendak rakyat (yang wajar). Mengkritik parti sendiri bukan bermaksud kita belot dengan perjuangan, tetapi bagi menambahbaikkan lagi kekuatan parti itu. Kita juga bebas mendengar 'suara' orang lain dari parti berlainan. Siapa yang tak nak tengok negara sendiri maju, aman dan agama Islam terus berkembang. Ciri-ciri seorang pemimpin yang bertaqwa dan layak memimpin boleh dikaji pada Al-Quran dan Hadis.
Wallahu'alam :)
*well, aku tak pro mana-mana parti. yang elok kita ambil yang buruk kita buang. harap suatu hari Allah akan tunjukkan kebenaran pada kita semua, insyaAllah..

0 comments:
Post a Comment