Aku suka travel tapi..
I. Tak ada masa / Banyak kerja
II. Tak cukup duit
III. Tak ada geng
A. I sahaja
B. I dan II sahaja
C. II dan III sahaja
C. I, II dan III
Ni adalah soalan dan jawapan yang selalu aku dan korang dengar. Memang ni antara masalah utama kenapa kita payah nak pergi bercuti. Masalah duit dan tak ada geng punca utama aku payah nak travel. Kalau dapat member yang suka travel okay gak.
Sebelum final exam hari tu aku dah tekad semester break ni aku nak pergi jalan-jalan sambil tengok suasana tempat lain. Aku anggap hadiah buat diri sendiri. Tempat yang aku nak tuju tu tak lah jauh sangat dan tak perlu naik flight. Dapat pergi yang dekat-dekat pun ok pe. Tapi make sure korang dah survey tempat tu sebelum pergi :)
Aku pernah ajak seorang member ni travel sama-sama. Tapi jawapan yang aku terima tak berapa positif la. Jawapan dia "tunggu aku kaya, baru aku nak travel seluruh dunia". Okay, it's up to him. Aku pun tertanya gak, nak tunggu kaya ke baru boleh travel? Orang yang ekonomi sederhana macam aku pun boleh, apatah lagi dia. :)
1 perkara yang mak aku selalu tanya time kecik-kecik dulu
Mak: Nak pergi mana?
Aku : London
Mak: Nak kahwin dengan orang mana?
Aku: London
Banyak lagi. London saja jawapan aku. Tak tau la kenapa aku suka cakap London. Tapi manalah tau tak lama lagi dapat ikut jejak senior aku seorang ni, Kak Hajja Jazhany yang sekarang menyambung pelajaran di UK. Seronok aku tengok blog dia.
Antara tempat yang aku teringin nak pergi suatu hari nanti
- Turkey
- South Korea
- Switzerland
- Jordan
- Makkah al-mukarramah (Tempat yang menjadi idaman setiap Muslim)
Oleh itu, kenalah usaha keras. Kalau nak pastikan suatu hari nanti korang akan travel seluruh dunia boleh lah korang jadi:
- Pilot, Steward/Stewardess
- Selebriti (Penyanyi/pelakon/model/pengacara dll)
- Duta
- Tokey
- Atlit
- Tentera
Hehe
Aku doa agar korang yang baca entry ni dipermudahkan segala urusan olehNya. Yang penting kita berusaha untuk dapatkan sesuatu yang bernilai. Salam :)



1 comments:
kite gih singapore..hekhke
http://nighberkz.blogspot.com
Post a Comment