Cinta Rasul

|

Assalamualaikum..



Baru lepas menonton rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don kat channel Al-Hijrah. Bagi aku, episod malam ni antara episod tersedih aku pernah tengok berkaitan cinta kita terhadap junjungan besar nabi Muhammad SAW. Sebak juga tengok tadi Ustaz Don menangis. Memang sampai apa yang hendak disampaikan.





Kebanyakan pengguna Facebook akan mengeluarkan status/komen sedih bila ditinggalkan seseorang yang belum dinikahi. Tapi mereka tak sedih sikit pun walaupun nabi Muhammad dah tinggalkan kita semua untuk selama-lamnya. Malah baginda banyak berkorban untuk umatnya yang kita tak tahu bebanannya.

Kadang-kadang kita semua leka, tengah duduk syok main PS, tengok movie, shooting gambar, kita lupa kat Allah lupa kat nabi. Tapi itulah manusia, kita selalu je lupa. Dengan adanya rancangan tadi sekurang-kurangnya kita semua akan rasa dekat je dengan baginda SAW. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk mencintai insan yang banyak berjasa pada agama dan umatnya. Malah kita bertuah menjadi umat yang terawal untuk dihisab di akhirat kelak. 

Ada rezeki, mana la tau korang boleh mimpi berjumpa baginda nabi Muhammad SAW. InsyaAllah. Moga cinta kita kepada Allah dan nabi Muhammad semakin bertambah :)

Aku nak travel tapi....

|

Aku suka travel tapi..

I. Tak ada masa / Banyak kerja
II. Tak cukup duit
III. Tak ada geng

A. I sahaja
B. I dan II sahaja 
C. II dan III sahaja
C. I, II dan III

Ni adalah soalan dan jawapan yang selalu aku dan korang dengar. Memang ni antara masalah utama kenapa kita payah nak pergi bercuti. Masalah duit dan tak ada geng punca utama aku payah nak travel. Kalau dapat member yang suka travel okay gak. 



Sebelum final exam hari tu aku dah tekad semester break ni aku nak pergi jalan-jalan sambil tengok suasana tempat lain. Aku anggap hadiah buat diri sendiri. Tempat yang aku nak tuju tu tak lah jauh sangat dan tak perlu naik flight. Dapat pergi yang dekat-dekat pun ok pe. Tapi make sure korang dah survey tempat tu sebelum pergi :)

Aku pernah ajak seorang member ni travel sama-sama. Tapi jawapan yang aku terima tak berapa positif la. Jawapan dia "tunggu aku kaya, baru aku nak travel seluruh dunia". Okay, it's up to him. Aku pun tertanya gak, nak tunggu kaya ke baru boleh travel? Orang yang ekonomi sederhana macam aku pun boleh, apatah lagi dia. :)

1 perkara yang mak aku selalu tanya time kecik-kecik dulu

Mak: Nak pergi mana?
Aku : London
Mak: Nak kahwin dengan orang mana?
Aku: London



Banyak lagi. London saja jawapan aku. Tak tau la kenapa aku suka cakap London. Tapi manalah tau tak lama lagi dapat ikut jejak senior aku seorang ni, Kak Hajja Jazhany yang sekarang menyambung pelajaran di UK. Seronok aku tengok blog dia.

Antara tempat yang aku teringin nak pergi suatu hari nanti
- Turkey
- South Korea
- Switzerland
- Jordan
- Makkah al-mukarramah (Tempat yang menjadi idaman setiap Muslim)

Oleh itu, kenalah usaha keras. Kalau nak pastikan suatu hari nanti korang akan travel seluruh dunia boleh lah korang jadi:
- Pilot, Steward/Stewardess
- Selebriti  (Penyanyi/pelakon/model/pengacara dll)
- Duta
- Tokey
- Atlit
- Tentera
Hehe

Aku doa agar korang yang baca entry ni dipermudahkan segala urusan olehNya. Yang penting kita berusaha untuk dapatkan sesuatu yang bernilai. Salam :)

Jom Perabes Voucher...

|
Aku rasa purata buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia tahun ni akan meningkat.
Sebab apa?
Sebab makin ramai yang berminat beli & baca buku. Kedai-kedai buku kat seluruh Malaysia kini dipenuhi pelajar-pelajar yang berdidikasi. Itu pun sebab adanya voucher buku berjumlah RM200. :D



Actually aku baru je sampai rumah setelah 'bershopping' buku kat Kinokuniya KLCC. Kat situ senang sikit nak cari buku, macam-macam jenis buku ada. Kalau nak beli Japanese manga yang imported pun ada. Yang berdating pun tak terlepas. Aku ingat dialog sepasang 'kekasih' yang sedang belek-belek buku programming ni.

Si Dara    : Saya pun tak tau apa yang saya belajar selama ni.
Si Teruna : Takkan dah sem 5 pun tak nampak lagi? (Gotcha!)
Si Dara    : Saya terpaksa. (T_T)

Bagi aku la once kita dah masuk 'kandang rimau' kita tak boleh toleh balik. Struggle la sikit lawan dengan 'sang belang'. Dalam bidang ICT ni banyak cabang boleh masuk. Programming quite difficult, aku pun bukan lah otak programming, tapi kita cuba sebaik mungkin kan :)

Buku yang memang aku nak beli ialah buku C# Programming. Senior pun memang recommendkan aku buku C#. Tajuk buku tu C# Programming with Visual Studio 2010. Siap ada CD tutorial lagi. Tapi tak tau la kenapa cover dia ada gambar gitar. Mungkin pengarang  ni seorang guitarist juga.




Untuk mencukupkan quota RM200 tu aku ambil buku The Presentation Secrets of Steve Jobs. Juga recommended by senior. Tapi memang aku nak improve presentation skill, nak tarik minat 'pelabur'. 



Tak lupa juga novel grafik a.k.a komik  kegilaan remaja masa kini "Lawak Kampus" Jilid ke-12. Aku memang kipas-susah-mati karya Keith (Gempak Starz). Lukisan dia awesome. Selain tu aku suka Ben & Zint.




Total semua sekali lebih daripada RM200, so pandai-pandailah tambah duit sendiri ye.
Tu je la nak cerita hari ni. Bagi yang belum tebus/guna voucher tu silalah guna ya. Kalau tak mahu guna, meh kasi kat aku :)

Salam.

Coklat ke Vanila?

|



Ajib : Nak aiskrim coklat ke vanila?

Aina: Emm.. Coklat la.
Ajib : Kalau nak aiskrim coklat, kat kedai satu lagi tu lagi sedap.
Aina: Tapi Aina rasa kat kedai ni lagi sedap. Sebab dah pernah rasa kat dua-dua kedai.
Ajib : Okay :)



Kita diberi hak untuk menentukan mana satu yang 'sedap' bagi kita. Mungkin sesetengah orang rasa aiskrim kat kedai Hassan lagi sedap daripada kedai Halim dan sebaliknya. Mungkin mereka yang suka aiskrim di kedai Hassan sendiri berkata, "Tapi aiskrim coklat kat kedai Hassan ni tak sesedap macam kat kedai Halim". Jadi kita lihat di sini, kita bebas mengkritik 'aiskrim'  kedai yang kita minat tu.

Situasi lain

NAZMI
Aku penyokong parti Epal. Aku sokong apa saja kenyataan, tindakan atau pendapat yang keluar dari mulut pemimpin aku. Semua yang dia buat tu betul. Apa pemimpin parti lain buat adalah salah. Bla bla bla...

AZMAN
Aku penyokong parti Nenas. Aku menyokong apa yang benar sahaja. Kalau pemimpin aku silap, aku berhak untuk mengkritik. Kalau pemimpin parti Epal seorang yang alim, bijak, kuat, dan sesuai diangkat sebagai pemimpin, aku akan sokong dia. Tapi kalau sebaliknya, aku tetap dengan parti aku.

Kita lihat situasi di atas, Nazmi seorang yang menyokong parti tersebut secara emosional & membabi buta. Manakala Azman seorang penyokong yang rasional dan bijak membezakan yang baik atau sebaliknya.

Jadi, sebagai seorang Muslim, rakyat Malaysia, aku bebas untuk menyokong tindakan mana-mana parti yang dirasakan tidak melanggar hukum syariah Islam, dan mengikut kehendak rakyat (yang wajar). Mengkritik parti sendiri bukan bermaksud kita belot dengan perjuangan, tetapi bagi menambahbaikkan lagi kekuatan parti itu. Kita juga bebas mendengar 'suara' orang lain dari parti berlainan. Siapa yang tak nak tengok negara sendiri maju, aman dan agama Islam terus berkembang. Ciri-ciri seorang pemimpin yang bertaqwa dan layak memimpin boleh dikaji pada Al-Quran dan Hadis. 

Wallahu'alam :)

*well, aku tak pro mana-mana parti. yang elok kita ambil yang buruk kita buang. harap suatu  hari Allah akan tunjukkan kebenaran pada kita semua, insyaAllah..

A Day In KL..

|
Dah lama tak balik KL. Kali terakhir balik KL tahun lepas..
Memandangkan kebosanan melanda tatkala duduk keseorangan di bilik, aku pun plan nak jalan-jalan sambil beli barang kat Bukit Bintang. Kalau tinggalkan KL setahun mesti ada je perubahan. Tak banyak pun sikit la. Ada beberapa perkara yang best & tak best berlaku hari ni.

#1 - Dating Heliza Helmi lagi


Time round-round dalam Times Square (TS) kat tingkat 3, aku pelik kat satu sudut bangunan sesak gila jalan dengan orang. Rupa-rupanya makwe aku Heliza Helmi ada kat situ tengah bergambar dengan fans. Jeles gak orang amek gambar dengan makwe aku. Ahakz!


#2 - Perempuan Cina Terlampau
Sebelum tu, I'm not gonna be racist okay :)
Aku angin betul dengan sales girl sorang ni.. Kat kedai kasut tingkat 4..
Berikut adalah dialog aku dengan sales girl A & B

Aku: Kasut yang ni (sambil tunjuk kasut) size 7 ada tak?
A    : Huh? (Tak paham bahasa Malaysia)
Aku: Do u have size 7 for this shoes?
A    : Wait huh, saya cari di stor.
***

A    : Sorry, we have no size 7
Aku: Okay. Hmmm,  this one ada? (Sambil tunjuk kat kasut 1 lagi)
A    : Wait a minute, my friend try to find in store)
-      : (Tapi member dia macam tak gi cari pun)
Aku: This one ada tak saiz 7? (Aku cakap kat sales girl B)
B    : Hey, berapa banyak yang you mau tadi nak lain ni nak lain?!
Aku: (WTF! Aku nak beli kot)
***

Cari punya cari ada pun saiz 7
Aku: Ada diskaun tak?
B    : Takda! (Sambil muka masam mencuka)

Aku pun tak tau la sama ada aku salah cakap ke, mood dia tengah bengang atau period. At least respect sikit customer. Terima kasih pun takda. Ahh, lantak la.. Yang penting aku dapat kasut.

#3 - Harga handphone
Tadi saja pusing-pusing Lowyat usha gadget. Aku tanya kat beberapa kedai harga handphone XYZ. Yang peliknya, harga dia makin mahal pulak berbanding aku balik KL sebelum ni. Even kat Terengganu lagi murah.  


#4 - Silly Celcom Boy
Time aku jalan kaki ke station LRT Hang Tuah, ada dua mamat melayu promoter celcom. Budak lepasan SPM agaknya.

Cel : Bro, kejap bro (Sambil hulur kad prepaid Celcom)
Aku: Eh, takpa (sambil angkat tangan) 

Tetiba dia tarik tangan aku. So, aku tepis la. Poyo gila mamat ni, nak promot pun takyah tarik-tarik. Boleh pulak suro aku 'rilex'. Dia yang patut rilex. Aku pun tak tau la dunia sekarang. Makin maju makin biadap pulak perangai.

Well, ni je la cerita untuk hari ni. Rabu depan mungkin keluar dengan member yang datang dari Terengganu. 

Salam ^_^

*LRT dah tak pakai kad lagi. Sekarang diorang pakai plastic coin/token macam Singapore MRT pakai.

Untunglah Dia Budak Pandai....

|
Kau, kau, kau dan aku...

Mesti pernah cakap ni kat kawan-kawan yang dah siap projek, assignment and whatsoever... 
"Untung la, budak pandai kan.. cepat la kerja tu siap..."


Tapi disebalik kepandaian budak tadi yang kita cakap pandai tu, dia lebih banyak mengalami kegagalan. Kecuali la kalau dia betul-betul genius macam Albert Einstein ke Leonardo Da Vinci ke..



Ni aku nak cerita sedikit pengalaman aku yang tak seberapa sewaktu dulu sebelum menjadi diriku sekarang.. 

Seperti yang korang (tak semua) tahu, aku amek course computer science. Dalam course ni macam-macam benda aku belajar, macam-macam computer language kena tahu. So memang gila la kalau nak tau semua benda tu. Jadi aku punya teknik, belajar language ni sikit.. ok cukup, belajar language lain.. cukup.. Tapi aku tak ada inisiatif untuk mendalami dan mencari masalah seterusnya menyelesaikan masalah-masalah kritikal. Lalu minat itu luput dengan sendiri.. (Ayat sastera peringkat 2)

Seterusnya, aku pergi praktikal.

Time interview dengan bos dan supervisor, diorang tanya macam ni


Interviewer: Computer language apa yang kamu familiar?
Aku: Banyak juga. Bla bla bla...

Dari situ aku dah detect kesilapan
1st: Banyak juga, Seolah-olah ingin menunjukkan kepandaian. Tapi tak apa.
2nd: Aku tak stick pada satu atau dua bidang yang aku expert.
3rd: Company yang dipilih tu 90% pasal programming je.

Tibalah masa untuk diberi tugasan.. Jeng Jeng Jeng..
Antara tugas aku kena update function Sistem XYZ lama yang aku tak tahu hitam putihnya. Hari kedua kerja, aku dah kena pergi site dengan keadaan aku yang masih terpinga-pinga what the project is all about. Sistem tu pakai PHP je. Masa tu aku blur gila pasal PHP code yang berterabur. Database yang besaaaaaar gila dan pelbagai anasir-anasir pelik. (Masa awal-awal je)



Sekarang, bila aku bekerja sendiri (sambilan) membuat web system, graphic design, dan sebagainya, baru aku rasa Sistem XYZ dulu tu just simple system. Bila bekerja sendiri, kita seperti meletakkan Gunung Everest di bahu kita.. Sebab, korang akan rasa bebanan dan tekanan bila berhadapan dengan kerenah client yang nak tu nak ini. Time tu la korang banyak explore dan belajar. Yang penting ada minat untuk explore.

Sebelum aku sambung belajar kat UniSZA, aku bekerja sekejap kat YTL Comms (yang buat YES 4G). Cari pengalaman dan duit poket la katakan.. Kat sana boleh cakap 70% kena speaking je dengan Korean, Indian (from India) dan lain-lain. Dari situ aku belajar pasal communication and improve my broken English.

Aku rasa, itu antara sejarah sepanjang aku bergelar pelajar Computer Science yang masih kekurangan ilmu. Moral of the story  "Stick pada bidang yang korang minat dan mampu menyelesaikan masalah". Dan pesan aku kepada diri aku sendiri dan korang, "Ilmu tak mendatangi kita, tapi didatangi".

Salam :)


*aku masih mencari potensi dalam diri ni
**tak ada manusia yang serba lengkap dengan segala ilmu